RM36,900 Jadi Rebutan Kaki Pancing Di Tasik Titiwangsa 6 Ogos

Sambutan peserta disamping penonton di Taman Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Wang tunai berjumlah RM36,900 menanti kaki pancing sempena pertandingan Siri Kedua GP KOPDBKL pada 6 Ogos di Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Pertandingan anjuran Koperasi Pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KOPDBKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan penyertaan kira-kira 1,000 kaki pancing.

Pengerusi KOPDBKL, Kamarulzaman Mat Salleh berkata juara bakal membawa pulang RM20,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000, dan RM3,000.

“Selain hadiah wang tunai, kami juga menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah cabutan bonanza selain 20 hamper untuk cabutan bertuah,” katanya pada sidang akhbar mengenai pertandingan itu pada Khamis.

Sebagai simbolik pertandingan, penganjur melepaskan hampir satu tan ikan rohu dan pacu ke dalam tasik itu, yang disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Setiap pendaftaran dikenakan bayaran RM50 untuk satu joran dan peserta dibenarkan menggunakan maksimum dua joran.

Kaunter pendaftaran dan pengesahan dibuka di Pejabat KOPDBKL sehingga 4 Ogos manakala kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di lokasi pertandingan bermula pukul 12 tengah hari pada 5 Ogos. – BERNAMA

Sumber artikel daripada Laman Web Utara News
http://utaranews.com/2017/07/rm36900-jadi-rebutan-kaki-pancing-di-tasik-titiwangsa-6-ogos.html/

Hakcipta Terpelihara © Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad - Kuala Lumpur, Malaysia. Telefon : 03-9205 5802 | Faksimili : 03-9205 5803
Email : admin@kopdbkl.com | Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar web

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman web KOPDBKL, ia hanyalah untuk menyatakan KOPDBKL TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. KOPDBKL tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.