GP KOPDBKL SIRI 3

Syabas dan Tahniah kepada peserta Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga GP KOPDBKL Siri 3.

Jika pada acara GP KOPDBKL siri kedua yang dilangsungkan di Tasik Titiwangsa yang lalu, menyaksikan ikan toman muncul sebagai juara, pada acara GP KOPDBKL siri 3 yang berlangsung pada Ahad lalu yang bertarikh 8 Oktober 2017 di Taman Tasik Ampang Hilir menyaksikan spesies ikan belida pula yang mengambil teraju di puncak podium.

Berikutan acara mempraktikkan sistem mata (point) sebagai markah dan bukannya ikan terberat menyaksikan Yusuf Harun yang mendaratkan ikan belida seberat 4.995 kg dinobatkan sebagai juara. Spesies belida dikategorikan 6 mata per kilogram membolehkan ia mengumpul 29.97 mata.

Persaingan merebut kemuncak podium kali ini agak sengit yang menyaksikan perbezaan mata yang agak rapat. Itulah hakikat yang terpaksa dihadamkan oleh Luqman Nur Haqim yang berjaya mendaratkan seekor ikan toman seberat 7.035 kg. Berikutan spesies toman dikategorikan 4 mata per kilogram, maka ia mampu mengumpul 28.14 mata, hanya 1.83 mata kurang.

Begitu juga dengan Mohamad Suhri yang mendaratkan seekor belida seberat 4.67 kg yang sekadar mengumpul 28.04 mata. Hanya kekurangan 0.1 mata berbanding peserta di podium kedua dan 1.93 mata untuk mencabar kedudukan mata juara.

Namun nasib yang lebih pedih untuk ditelan dirasai oleh peserta yang berada di ranking ketujuh. Jika sistem ikan terberat yang diambil kira maka beliau pasti muncul sebagai juara setelah mendaratkan ikan patin seberat 15.15 kg. Berikutan ikan patin dikategorikan 1 mata per kg, maka Johari Kasim sekadar berpuas hati mengumpul 15.15 mata sahaja.

Penyampaian hadiah bagi acara GP KOPDBKL ketiga disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi C. Ngah diiringi oleh Pengerusi KOPDBKL Kamarulzaman Mat Salleh.

Dalam temu bual dengan wakil media, Datuk Mahadi C. Ngah melahirkan rasa kesyukuran berikutan taman-taman di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa digunakan dengan aktiviti riadah yang bermanfaat termasuklah pertandingan memancing yang dilangsungkan. Sementara pengerusi koperasi Sr. Hj. Kamarulzaman Mat Salleh pula berpuas hati dengan sambutan yang begitu memberangsangkan dan bercadang untuk meningkatkan lagi kualiti pertandingan pada masa hadapan.

Carta 10 Pemenang

  1. YUSUF HARUN – Belida 4.995 kg (29.97 mata) – RM 20,000.
  2. LUQMAN NUR HAKIM – Toman 7.035 kg (28.14 mata) – RM 6,000.
  3. MOHAMAD SUHRI – Belida – 4.67 kg (28.02 mata) – RM 3,000.
  4. MOHAMAD SUHRI – Belida – 4.45 kg (26.7 mata) – RM 500.
  5. SAULI ABDUL MANAF – Belida – 4.235 kg (25.41 mata) – RM 400.
  6. MUHAMMAD JOHAN HEILJO ABDULLAH – Belida – 2.655 kg (15.93 mata) – RM 250.
  7. JOHARI KASIM – Patin – 15.15 kg (15.15 mata) – RM 250.
  8. MUHAMAD FIQRI SAZALI – Belida 2.495 kg (14.97 mata) – RM 250.
  9. JOHARI BIN SALEH – Keli – 7.06 kg (14.12 mata) – RM 250.
  10. AMRUL MD YUSOF – Belida – 2.325 kg (13.95 mata) – RM 250.

Sumber daripada Laman Web UMPAN
http://www.umpan.com.my/belida-muncul-juara-gp-kopdbkl-siri-3/

Hakcipta Terpelihara © Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad - Kuala Lumpur, Malaysia. Telefon : 03-9205 5802 | Faksimili : 03-9205 5803
Email : admin@kopdbkl.com | Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar web

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman web KOPDBKL, ia hanyalah untuk menyatakan KOPDBKL TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. KOPDBKL tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.