KEPUTUSAN GP KOPDBKL SIRI AKHIR

Mohd Fadli memenangi hadiah utama Proton Persona

Menyedari spesies bersisik khususnya ikan belida yang memberikan kiraan mata yang lebih tinggi daripada spesies yang tidak bersisik seperti ikan patin, Mohd Fadli Yoosuff mengetepikan kepuasan memancing ikan patin bersaiz mega, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pancingan menggunakan umpan ikan hidup bagi memburu belida dan toman.

Ketabahan dan kesabaran Mohd Fadli nyata berbaloi apabila muncul juara siri akhir pertandingan memancing GP KOPDBKL 2017, Ahad lalu, 5 November di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Pertandingan tersebut merupakan siri akhir daripada empat siri anjuran Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad (KOPDBKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan diselaraskan oleh Wak Jali Event Management.

Ikan belida seberat 4.990 kg (29.94 mata) yang didaratkan pada jam 8.25 pagi sudah memadai bagi menobatkan Mohd Fadli sebagai juara. Dengan kemenangan tersebut beliau membawa pulang RM 25,000 tunai beserta Kad Mesra Petronas bernilai RM 600.

Sementara Jamil Abu Bakar yang mendaratkan seekor ikan pacu seberat 6.170 kg (24.68 mata) sekadar berpuas hati di podium kedua dan membawa pulang RM 6,000 tunai berserta Kad Mesra Petronas bernilai RM 500. Manakala di tempat ketiga yang membawa pulang RM 3,000 dan Kad Mesra Petronas bernilai RM 300 pula disandang oleh Mohd Hafiza yang mendaratkan seekor ikan belida seberat 3.555 kg (21.33 mata).

Lebih manis, Mohd Fadli yang hadir ke siri akhir GP KOPDBKL dengan kedudukan ketujuh dalam senarai grand slam (76.92 mata) berjaya memintas peneraju kedudukan teratas setelah berjaya mengutip tambahan mata 29.94 mata. Dengan pungutan 106.86 mata, Mohd Fadli secara mutlak membolot hadiah perdana (grand slam) berupa sebuah kereta Proton Persona yang bernilai lebih RM 50,000.

Mohd Fadli memenangi hadiah wang tunai RM 25,000.00


Dari Kiri – Mohd Fadli, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Kewangan Kedua), Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz (Datuk Bandar Kuala Lumpur), Dato’ Ibrahim Yusoff (Pengarah Eksekutif – Pembangunan Sosio-Ekonomi), Sr. Hj. Kamarulzaman Mat Salleh (Pengerusi KOPDBKL).

Penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Menteri Kewangan kedua merangkap Ahli Parlimen Kawasan Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz diiringi oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Dato’ Ibrahim Yusoff dan Pengerusi KOPDBKL, Sr. Hj. Kamarulzaman Mat Salleh.

Sumber artikel daripada Laman Web UMPAN
http://www.umpan.com.my/tuah-siri-akhir-gp-kopdbkl/

Hakcipta Terpelihara © Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad - Kuala Lumpur, Malaysia. Telefon : 03-9205 5802 | Faksimili : 03-9205 5803
Email : admin@kopdbkl.com | Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar web

PENAFIAN : Maklumat yang diberikan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman web KOPDBKL, ia hanyalah untuk menyatakan KOPDBKL TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. KOPDBKL tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.