Pertandingan Memancing GP KOPDBKL Siri 3

08Okt2017

115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

GP KOPDBKL Siri 3

Dari 8.00 am Hingga 2.00 pm

Di Taman Tasik Ampang Hilir

115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KOPDBKL BERHAD Bersama WAK JALI EVENT MANAGEMENT / 03-92055802 (KOPDBKL)

Pendaftaran: RM 50

Dominasi patin Ampang Hilir bakal terlerai, 8 Oktober ini. Jika sebelum ini, spesis patin digeruni pemancing, namun dengan sistem mata GP KOPDBKL, spesis lain berpeluang sangat cerah untuk muncul juara. Contoh terbaik...di Tasik Metropolitan, belida muncul juara manakala di Tasik Titiwangsa, toman muncul juara. Malah spesis bandaraya, tilapia juga merjaya menewaskan patin di Titiwangsa. Berbalik ke Ampang Hilir, rekod membuktikan banyak spesis yg boleh menumbangkan patin, meskipun patin 25 kilo berjaya dinaikkan. Ikan seperti bandaraya, kalui, baung ekor merah, toman, belida dan tilapia....memang banyak. Cuma dari segi berat, spesis ini tidak mungkin mampu menewaskan patin. Justeru dengan sistem mata GP KOPDBKL, pemancing usah segan2 untuk memburu tilapia ataupun ikan bandaraya atau lain-lain spesis, kerana habuan juara RM20,000.00 terbentang luas di depan mata, waima pemancing menggunakan joran 5 kaki sahaja...ayuh rakan2....pendaftaran awal juga sudah dibuka di KOPDBKL....pertanyaan hubungi angah (012-2141401) dan rosli (013-3838655)...

Kembali ke senarai acara..